BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday 16 May 2011

Sambutan Hari Ibu Haram?


Satu aliran pemikiran mengakui bahawa perayaan ini lahir dari satu adat pemujaan ibu di Yunani Purba, yang menyambut satu perayaan untuk Cybele, ibu dewa-dewi Yunani yang agung. Perayaan ini diadakan sekitar equinoks musim bunga di Asia Kecil dan tidak lama kemudian di Rom dari 15 hingga 18 Mac.Orang Rom Purba juga menyambut sebuah perayaan bernama Matronalia yang memperingati dewi Juno, dan ibu lazimnya diberi hadiah pada hari iniBerdasarkan itu terdapat pendapat yang mengatakan umat Islam tidak harus meraikan sambutan hari ibu kerana dikhuatiri terpengaruh dengan tradisi dan ajaran bangsa Yunani tersebut

Setahu saya sambutan hari ibu diadakan di Malaysia adalah bertujuan untuk meraikan&menghargai mereka yg bergelar ibu.Sama juga seperti hari guru,hari belia,hari bapa.hari2 tersebut diwujudkan sebagai tanda penghargaan,penghormatan,mngenang jasa,sumbangan serta pengorbanan mereka.Lagipun tujuan kita sambut hari ibu tiada kena mngena atau berunsurkan kepercayaan&ajaran agama lain.Cara sambutannya pula tidak bertentangan dengan syariat.Jadi,kita tak boleh samakan hari ibu dengan Mothering Sunday yg dirayakan oleh penganut kristian atau perayaan musim bunga yang disambut oleh orang2 Greece sebagai penghormatan terhadap Rhea,ibu kepada tuhan mereka...Jadi kenapa ada yg mengatakan menyambut Hari Ibu hukumnya Haram?pokok pangkalnya adalah niat&cara.Selagi niat kita baik,cara yang dilakukan tidak bertentangan dengan syariat Islam maka tidak ada salahnya sesuatu perkara yang dilakukan.wallahu'alam...

--->ini hanyalah pendapat saya secara peribadi 

Nukilan Hati

0 comments: