BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday 30 April 2011

Sebab-Sebah Hati Tidak Bahagia

Antara mazmumah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :  
1.       Pemarah paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.
2 . Pendendam tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.
3. Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan  
4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui manusia.  
5. Tamak orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut...walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis juga...lagipun orang tamak selalu rugi.. ** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.  
6. Tidak sabar andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..)
7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.  
8. Riak terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada..  
9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, ...dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya.. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. bila mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah. .. Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.   Kesimpulan   Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMAH.   Makin tinggi mazmumah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA. Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmumah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain...andai kita terleka dengan dunia buruklah padahnya.   Wallahualam"  

p/s: kredit untuk LayarMinda
Nukilan Hati

Tuesday 26 April 2011

Tabarruj

Aku ada 1 pekara yg agak penting utk aku share....teruskan mambaca ye =)

--> Facebook merupakan laman sosial kegilaan ramai buat masa kini. Cukup aneh untuk berjumpa dengan seseorang yang tidak mempunyai sekurang-kurangnya sebuah akaun facebook. Namun di sebalik penggunaan facebook ini, tanpa kita sedari pelbagai dosa berlaku di kalangan pengguna. Ustaz Zaharudin ada mengulas mengenai dosa-dosa & facebook, bagaimanapun saya ingin menfokuskan pada salah satupoint yang diberi beliau iaitu 'terlebih gambar'. Sikap suka menunjuk-nunjuk gambar boleh dikaitkan dengan tabarruj, iaitu suatu dosa yang dianggap remeh oleh masyarakat kita. Apakah itu tabarruj? Suatu persoalan yang perlu dihurai lanjut.   TABARRUJ ialah mendedahkan kecantikan rupa paras sama ada kecantikan itu di bahagian muka atau di anggota-anggota badan yang lain. Al-Bukhari rahmatullah 'alaihi ada berkata: “tabarruj, iaitu seorang wanita yang memperlihatkan kecantikan rupa parasnya”.   
Untuk menjaga masyarakat daripada bahaya pendedahan ‘aurat dan disamping menjaga kehormatan wanita dari sebarang pencerobohan, maka dengan yang demikian Allah melarang setiap wanita yang berakal lagi telah baligh dari bertabarruj. Allah s.w.t telah berfirman dalam surah an-Nur ayat 31 yang bermaksud: “Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang bisa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan jangan menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara mereka, putera-putera lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang ‘aurat wanita. Dan jangalah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka.Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.” Dengan ini jelas bahawa sebarang corak perhiasan di anggota badan atau di pakaian, adalah boleh membawa fitnah. Dengan inilah Allah melarang bermake-up. Larangan seperti ini hanya sanggup ditaati oleh wanita-wanita yang beriman sahaja kerana takut kepada kemurkaan Allah dan seksaan dari-NYA.
Berikut pula mari kita renungi firman Allah khasnya yang ditujukan kepada isteri-isteri Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Hai isteri-isteri Nabi(a.s), kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kau bertaqwa. Kerana itu janganlah kamu terlalu lunak dalam bicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada perasaan serong di dalam hatinya, tetapi ucaplah perkataan yang baik.” (Al-ahzab: 32)   Daripada ayat ini dapatlah difahamkan bahawa suara lemah lembut adalah sebahagian daripada ‘aurat wanita juga.Kembali lagi kita kepada jenis alat-alat make-up. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:   “Andainya wanita keluar dari rumah serta memakai bau-bauan, maka dia sudah dianggap melakukan perzinaan” Penggunaan wangi-wangian sembur atau jenis jenis bauan bagi kaum wanita diwaktu keluar dari rumah adalah dilarang, kerana syari’at Islam, apabila melarang perzinaan, maka segala sumber-sumber dan ciri-ciri yang membawa kepada perbuatan keji tadi semuanya juga dilarang.
Ummu salamah ada menceritakan, maksudnya begini: “ Asma’ binti Abu Bakar telah menziarahi Rasulullah s.a.w pada suatu hari dengan pakaian yang nipis. Lantas Rasulullah.s.a.w menasihatinya dengan bersabda yang maksudnya :“ Wahai Asma’, sesungguhnya seseorang gadis yang telah berhaidh (baligh), tidak harus baginya menzahirkan anggota badan, kecuali ini dan ini.” Ketika itu, Rasulullah s.a.w mengisyaratkan kepada muka dan kedua tapak tangan.
Sekarang kita khususkan konsep tabarruj ke dalam penggunaan facebook. Jenguklah sebentar ke laman facebook dan lihatlah bertapa ramai muslimah tanpa segan silu meletakkan gambar-gambar memperlihatkan kecantikan masing-masing dengan pelbagai aksi. Macam-macam gaya ditunjukkan, ada yang menunjukkan peace, ada yang membeliakkan mata, memuncungkan mulut dan sebagainya. Apabila bila ditanya apakah motif memperlihatkan gambar sedemikian rupa? Rata-rata akan menjawab sekadar berkongsi kegembiraan, pengalaman dan sebagainya. Namun tidakkah dapat kita berfikir sejenak, memperlihatkan gambar tersebut boleh mendatangkan pelbagai respon dan persepsi ramai. Terutamanya kepada kaum berlawanan, gambar tersebut dapat mendatangkan keghairahan. Jikalah kaum hawa mengetahui apakah kaum adam berkata sesama sendiri mengenai gambar tersebut, nescaya mereka tidak akan meletak gambar sedemikian rupa lagi.
Islam merupakan agama yang menghendaki kita bersederhana. Janganlah berlebih-lebihan meletak gambar, seolah-olah saling berlawan siapakah memiliki paling banyak gambar. Jika tersangat beringinan untuk menunjukkan wajah diri sebagai pengenalan diri, cukuplah sekadar meletak satu gambar dengan syarat gambar tersebut tanpa aksi-aksi tertentu yang mampu menarik perhatian orang luar. Mudah-mudahan kita mampu melawan sifat ingin menunjuk-nunjuk ini. Nah... mulalah berubah. Anda mampu untuk mengatasi penyakit ini!

p/s : kredit untuk Muhd Amin

Nukilan Hati

Monday 25 April 2011

Love Story... ~Part III~



“I nak pegi mane?kenape nak tinggalkan org?I dah ade lelaki lain ke?” bertalu2 soalan yg dilemparkan oleh A pada I..”Anggap je lah kite dah tak ade jodoh A.Semua ni adelah ketentuan Ilahi..takdir yg menentukan segale2nya.” Balas I. “Tapi kenape I buat org macam ni?ape salah org pada I?tolonglah jelaskan pada org…” rayu A sambil matenya digenangi air. “sudahlah..ni semua takdir.org tak boleh buat ape2..”jelas I. “siape yg ade dalam hati I sekarang?siape lelaki tu?mane hilangnyen cinte I pada org?” A masih mengharapkan soalan2nye dijawab oleh I agar terungkai kekeliruan yg bersarang di kepalanye.--> 

Harapan hatiku ingin hidup bahagia
Tetapi mengapa sering saja hati ini diluka
Baru ku cuba nak bercinta lalu engkau pun buat angkara
Mengapa mesti aku yang menjadi mangsa

Harapan untuk kekalan hanya tinggal igauan
Walaupun telah aku bertahan tapi apa kan daya
Retak akhirnya kasih kita tanpa ku tahu apa punca
Mudah benar kau mematah dahan asmara

I melangkah pergi meninggalkan A yg masih bingung dan keliru.die bingung memikirkan keputusan yg telah dibuat oleh I.apa salah dirinya?tidak cukup ke kasih syg yg diberinye pada I?kenape I tega memutuskan hubungan mereka?soalan2 itu bermain2 di benak A.Betapa hancur dan luluhnye hati A bile I membuat keputusan sebegitu..A bagaikan hilang semangat dan  kekuatan diri..
~ A berjalan menuju ke motornye..terase lemah kakinye utk melangkah.tetapi terpaksse die gagahkan juge.sedang A nak lintas jalan,tibe2 die terlihat sebuah kereta meluru laju ke arahnye.A hanye mampu memandang kereta tu menuju ke arahnye.kaki A seakan terpaku.Seketika keemudian pandangan A menjadi gelap.A cube sedaya upaya utk membuke matenye…die terlihat wajah yg amat dikenali sedang berdiri memandangnye… “hoi..bangunlah!dah subuh ni.gi mandi cepat.kang lambat lak gi kelas.” Jerkah Ijat,roommate A.Tersentak dgn jerkahan Ijat,A lantas bangun.die duduk di birai katil…A menyeringai. “fuh..nasib baik mimpi.aku ingt betul2 td.” Bisik hatinye.Rupe2nya A cume bermimpi.Tu lah,sebelum tido tak basuh kaki,tak bace doa.hambek ko.. =) A pun bergegas bangun,mencapai tuala dan meluru  masuk ke bilik air...

bersambung... 

Nukilan Hati

Saturday 23 April 2011

Love Story... ~Part II~

-->Masa kian berlalu..Hari berganti hari,minggu berganti minggu,bulan berganti bulan.kini genaplah setahun hubungan percintaan diorang…seperti pasangan2 lain,mereka juge bercadang utk menyambut ulangtahun percintaan diorang yg pertama..pastinye mereka inginkan satu sambutan yg akan kekal sebagai kenangan dlm hidup mereka,yg akan dibawa hingga ke hujung nyawa…macam lagu yg dinyanyikan oleh Purple ni…

“Tidak pernah

Ku terfikirkan
Bahawa kau dan aku
Ditakdirkan bercintaAku bagaikan tak percaya
Bila kau melafazkan
Kau cinta kepadaku
Terasa indahnya perasaan
Sejak kau hadir dalam hidupku
Setiap hari merinduimu
Tanpa jemu ku menantikan mu
Gelora di jiwa membuatku gelisah
Menanti saatnya untuk bersama
Betapa sabarnya ku dibakar rindu
Yang menjulang-julang
Rinduku kasihku kusimpankan untukmu
Tidak sedikit berubah hati
Bertapa setianya cintaku kepadamu
Sampai hujung nyawa
Kuberdoa agar kau pun setia...
Ya Tuhanku bahagiakan kami...”

Tibalah hari yg ditunggu2… Seperti yg telah dijanjikan,diorang pun berjumpe utk celebrate first anniversary.. Pada hari itu, I memakai blouse putih berbunga pink dipadankan dengan skirt labuh pink..menyerlahkan lg keayuan wajahnya yg bujur sirih.wajahnye tampak berseri2 dengan senyuman yg tidak lekang dari bibir…A terpukau!!terpesona dengan pemandangan seperti itu.belum pernah A melihat gadis secantik itu.belum pernah A melihat seorang gadis melayu begitu ayu dibalik raut wajah yg selalu ditatapinye itu.A seakan terpaku..matanye tidak berkelip dan lidahnye kelu.tak ade sepatah perkataan pun yg keluar dr mulut A.lagu dendangan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee seakan membawa A hanyut dibuai khayalan.. -->
Tiada kata secantik bahasa
Untuk ku puji adinda
Tiada gambar secantik lukisan
Nak ku tunjuk perasaan
~Alangkah bertuahnye A dpt memiliki hati dan cinta dari gadis seperti I… Tibe2 A merasa sesuatu seakan2 menggigit lengan kanannye..rupa2nye I mencubit manje lengan A.barulah A tersedar dr khayalannye..”hah…padan muke.tgk org sampai tak berkelip mate tu.sakit tak kene cubit?” kata I sambil tersenyum.. A pun ape lg,merah muke die menahan malu..”aduh..macam mane lah boleh  khayal td..” getus hati A. Diorang berdua pun ketawa geli hati dek kerana kelakuan A tadi…

-->Tanpa berlengah lagi,diorang pun masuk ke dalam kereta dan bertolak ke restoran makanan segera iaitu pizza hut.awal2 lg A dah tempah meja kat restoran tu..takut tak dapat meja kalau jd walk in customer katenye..ape2 je la A.hehe  Sebelum sampai ke restoran tu,A membelokkan keretanya ke kanan sedangkan die patut belok ke kiri utk ke restoran tu.”awak nk pegi mane?”tanye I..”org nak singgah kedai kejap,beli barang.”balas A..sampai je di depan sebuah pasaraya,A trus keluar dari kereta,berjalan menuju ke dalam pasaraya tu dan hilang dicelah2 orang ramai..
…5 minit kemudian kelibat A pun kelihatan menuju ke kereta membawa satu bungkusan..Setibenye kat kereta,A pun menyerahkan bungkusan tu kat I.Sekuntum mawar merah!!..itulah isi kandungan bungkusan tu..kalau korang nak tahu,seumur hidup A,die tak pernah beli bunga,ape lg nk kasi bunga pada org…tp,kali ni die belikan bunga hanya kerana insan yg amat die syg..!!Steady la bro.. =) --> A menyerahkan bungkusan tu pada I sambil membelai lembut kepala I..menunjukkan betapa die syg dan cintakan I setulus hatinye.Lalu I mencium mawar merah pemberian A..mata I kelihatan berkaca..
“Ku persembahkan kepada mu
Sekuntum bunga mawar merah
Kau terima sambil tersenyum
Kembang yang harum kau cium”
Diorang pun terus menuju ke pizza hut utk menyambut diorang punye first anniversary..

bersambung lagi... 

Nukilan Hati

Friday 22 April 2011

Love Story... ~Part I~

Terasa sunyi je malam ni.Cuaca pun sejuk.Angin bertiup sepoi2 bahasa kata orang..hehe Jam sekarang baru pukul 12.15 malam..hmm,sementara nak tunggu MJ 12 di saluran Ria FM,aku layan dulu lagu2 yg ada dalam lappy ni..Entah macam mane aku leh tertarik dgn lagu nyanyian kumpulan Michael Learns To Rock--> That’s Why You Go Away

I won't forget the way you're kissing

The feeling's so strong were lasting for so long

But I'm not the man your heart is missing

That's why you go away I know
Bile dgr bait2 liriknye,lagu ni aku rase sesuai utk org yg putus cinta…Sebut pasal cinta,aku teringat kisah cinta 

sorang kawan aku.bagi aku,kisah cinta die ni boleh tahan best la..kisah cinta agung.tp tak la standing kisah 
cinta Kasyah dan Ayu dlm Lagenda Budak Setan tu..hehe

Kisahnye macam ni--->kawan aku ni namenye A..die ni sorang pelajar kat salah sebuah IPTA kat M’sia.Nak dijadikan cerita..satu hari,U die ni ade anjurkan satu program lawatan ke IPT di selatan tanah air.Diringkaskan cerite,mase kat program tu berlangsung ade la sorang gurl ni tegur dia.Waktu tu die ngah tgk bola..Aku namekan gurl tu I je la..si I ni satu U ngan A,tp kat U lain gak diorng berkenalan..huhu “Team mane lawan?dah berapa?”tegur si i.A pun jwb dgn tergagap2..maklumla,awek yg tegur “Liverpool lawan MU..blom ade gol lg”..perbualan diorng terhenti setakat tu je.

Lepas abis program tu,diorng pun balik la U semule..kembali menjalani rutin sebagai mahasiswa.Tapi,A ni da mula rase lain macam…asyik teringat je kat I.Die cube buang perasaan tu,tp tak boleh..tiap2 hari fikir tentang I.Rupa2nya A da tangkap cintan ngan I.A pun ape lagi,die cube dapatkan nombor tepon I.Tak pernah aku tgk A macamtu.Selama aku kenal die,tak pernah aku nampak die sungguh2 macamtu.Die ni pun bukannye jenis yg suke ayat awek..awek yg ayat die ade la.market la katekan…haha

Lepas susah payah die cube dapatkn nombor tepon I,akhirnye die dapat gak ape yg die hajatkan tu..Die pun ape lagi,trus sms I.gelojoh betul mamat ni..huhu  syok punye sms rupe2nye silap org.lain nombor yg die cari,lain nombor yg die dapat..kesian =(   …Tp A tak putus asa..die cube cari lg no I.Nasib die baik..atlast die dapat gak nombor tepon I.wah..bukan main seronok mamat ni aku tgk.ceria abis muka die!! …diorng pun mula la berbalas sms.Aku cut lg cite ni..lenguh dah jari ni nak taip panjang2.. A pun luahkan perasaan die kat I.rupe2nya A ni tak bertepuk sebelah tangan..I juge menyimpan perasaan pada A.huh..very the lucky man lah u A..!! =)

-->Bermula lah kisah percintaan A dan I.. bersatulah 2 jiwa ni di mahligai yg bernama cinta..bak merpati 2 sejoli.kawan2 yg lain jeles je tgk hubungan A dgn I ni..tp diorang tetap doakan A dan I kekal bersame..



bersambung…

Nukilan Hati

Thursday 21 April 2011

Naluri Lelaki…


Bila lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas,perubahan sikapnya amat mengejutkan. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba secara semulajadi menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dengan relanya. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan buat apa sahaja untuk kekasihnya.Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. untuk melihat lelaki menangis amatlah payah. Diantara tanda-tanda lelaki yang jatuh cinta dengan hebat ialah:
1. Dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan rela bukan kerana terpaksa.
2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yang kuat bercakap.
3. Dia banyak menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.  
4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap.  
5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.  
6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.
7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dengan kekasihnya.
8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.
9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari orang lain.
10. Dia menjadi orang yang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.
11. Dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya.
12. Dia akan menggelabah apabila kekasihnya berjauhan daripadanya terlalu lama.
13. Dia sentiasa memmastikan keselamatan kekasihnya.
14. Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.
15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana dia merasa kasihnya lebih kuat daripada kekasihnya.
16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.
17. Dia cuba meluangkan lebih banyak masa dengan kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dengan sabar.
18. Dia membanggakan kekasihnya di depan orang lain.
19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.
20. Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.
21. Dia menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.
22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.
23. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang perempuan.
HARGAILAH MEREKA   Kepada semua wanita yang bertuah menerima cinta sebegini dari seorang lelaki,hargailah mereka seadaanya. Kerana jika seorang lelaki itu menangis ditinggalkan teman wanitanya, lihatlah, betapa ruginya wanita itu. Lelaki yang mencintai pasangannya setulus hati akan sentiasa mencintai walaupun sudah tidak lagi bersama.Baginya,menyayangi tidak semestinya memiliki.Semuanya sudah ditentukan oleh sang Pencipta.

p/s:kredit untuk Izzaty Rosli & Mohammad Izzuddin

Nukilan Hati

Sejarah terciptanya rokok...

Beberapa hari lepas aku ada terbaca artikel yg dipost oleh kwn aku kt facebook.artikel tu berkaitan dengan rokok.jadi,aku ingin kongsikan artikel tu kat blog ni..jom kita baca same2..



Rasulullah SAW pernah bersabda (maksudnya) : “Kelak akan datang kaum-kaum di akhir zaman, mereka suka menyedut asap tembakau dan mereka berkata: Kami adalah umat Muhammad padahal mereka bukan umat ku dan aku juga tidak menganggap mereka sebagai umat ku, bahkan mereka adalah orang yang celaka”  Abu Hurairah R.A yang mendengar sabda tersebut bertanya: “Bagaimana sejarah tembakau itu tumbuh wahai Rasulullah?” Sabda Rasulullah SAW : “ Sesungguhnya setelah Allah menciptakan Adam dan memerintahkan para malaikat untuk sujud (tanda penghormatan) kepada Adam, seluruh malaikat kemudian sujud kepadanya kecuali iblis. Dia enggan, sombong dan termasuk orang-orang yang kafir. Allah bertanya kepada iblis : Wahai iblis apa yang menyebabkan kamu tidak mahu sujud ketika Aku memerintahkan mu? Kata iblis : Aku lebih baik darinya, aku tercipta dari api sedangkan ia dari tanah. Allah berfirman: Keluarlah engkau dari syurga, sesungguhnya engkau terkutuk dan engkau dilaknat hingga akhir. Iblis keluar dalam ketakutan hingga terkencing-kencing. Dari titisan kencing iblis itulah tumbuh sejenis tumbuhan yang dinamakan pokok tembakau.” Nabi bersabda lagi : “Allah memasukkan mereka ke dalam neraka dan sesungguhnya tembakau adalah tanaman yang keji”

wallahua'lam...

Nukilan Hati

Wednesday 20 April 2011

I,Me & Myself....


Assalamualaikum w.b.t.........

Hye...selamat datang ke blog  "Nukilan Hati".

sy namakan blog ni Nukilan Hati krn  blog merupakan medium yg digunakan utk meluahkan 

perasaan(ehem..bukan jiwang ye),memberikan pandangan,berkongsi ilmu & informasi.

sy tak berapa pandai menulis sbnrnye,tapi sy tetap cuba wujudkan blog sy sendiri(up to date la konon)..nnt 

takde la org kata kite ni duduk bawah tempurung.."bawah tempurung besi.." bak kata Usin dalam cerita

HKLBR..huhu 

sy alu2kan komen2 anda..jgn segan2 utk kasi pandangan atau kritikan ye..kpd mereka yg suke

berkawan,ha...molek sngtle kome bukak blog ni.bleh le kite jd kwn..tak rugi ada ramai kwn kan =)

cuma,sy kurang b'minat tentang isu2 yg berkaitan dgn politik..jd,jgnla kaitkan blog ni dgn mana2 parti

politik..tp kalau bab sukan...silakan.terutamanya kpd fans Harimau Malaya =)


jd,sama2lah kite berkongsi perkara2 yg bermanfaat..


"sesungguhnya tiada yang lebih berharga malainkan nasihat yang baik"
Nukilan Hati

cinta...

ia lahir dari hati nurani.ia perlu disemai dengan kasih dan disirami dengan sayang

cinta yang suci hanya untuk mereka yang benar-benar tulus dan tahu menghargai

cinta...

anugerah Tuhan yang tiada bandingan

menyatukan jiwa,membawa bahagia

tanpanya dunia ini akan gersang dan tandus,jiwa menjadi duka nestapa

cinta..

ibarat samudera yang belayar di tengah lautan hidup

perlu dikemudi agar tidak hanyut dibuai gelora..

insan yang faham erti cinta ibarat nakhoda yang mengemudi bahtera,menempuh gelora untuk sampai

 ke pulau impian...

Nukilan Hati