BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday 29 August 2011

Love Story... ~Part V~


Ina..seorang gadis kacukan cina-melayu,berasal dr pantai timur.memiliki wajah yg ayu ditambah dengan sepasang mata yg cantik,pasti akan menarik perhatian setiap lelaki yg melihatnya.gadis yg bertubuh kecil dan berkulit kuning langsat ini mempunyai perwatakan yg ceria.senyuman manis sentiasa terukir dibibirnya.. Pertemuan A dan Ina bermula ketika mereka menyertai sebuah program anjuran KementerianBelia dan Sukan.dalam program tersebut,A dan Ina ditempatkan dalam 1 kumpulan.modul program tersebut memerlukan kerjasama daripada setiap ahli kumpulan.sepanjang program tu A dan Ina tidaklah begitu rapat.ini disebabkan sikap A yg agak pemalu dan susah utk berbual dengan perempuan.setelah program tu tamat,masing2 kembali ke ipt utk meneruskan sesi pembelajaran.akan tetapi,hubungan A dan Ina tak terputus setakat itu je.pada satu hari,A mendapat 1 sms dari nombor yg tak dikenali.. “helo..bila nak pegi butik i?” sekali ade mak datin salah send mesej da..kehkehkeh Sebulan selepas program tu,A dpt 1 lg sms dr nombor yg tak dikenali..kali ni baru sms dr Ina =) maka terjadilah chatting antara A dan Ina..dipendekkan cerita,sebenarnye Ina dapat nombor tepon A dari salah seorang ahli kumpulan diorng waktu progrom tu.bermula dari hari itu,hubungan A dan Ina semakin rapat.dalam diam2 Ina menaruh harapan terhadap A walaupun die tau A dah ade I.macam mane aku tau?haha..ade la =)

Nukilan Hati

Sunday 17 July 2011

Permataku

Sunyi...selubungi malam...
Mengusik minda yang terlontar jauh...
Masih hangat terasa ...
Tangan yang membelai yang mengusik manja...
Daku damba kasihmu...
Biar jadi pedoman...
Buat penyuluh jalan kugapai impian...

Angin...kau nyanyikan lagu...
Untuk permataku...tenang selalu...
Bayu...sampaikan berita...
Daku kini ceria...aman dan bahgia...
Selimutkan rinduku bersama malammu...

Hadirlah...kau dalam mimpiku...
Agar kau selalu...ada disisiku...
Rindu belaian kasihmu...Rindu senyumanmu...
Penawar lukaku...
Dengarkan laguku...hadiah untukmu...
Jasa dan baktimu ku kenang selamanya...

Dikaulah cahaya...
Bila malam menjelma...
Kasihmu membawa ke syurga...
Dan redha yang Esa...

Nukilan Hati

Monday 16 May 2011

Sambutan Hari Ibu Haram?


Satu aliran pemikiran mengakui bahawa perayaan ini lahir dari satu adat pemujaan ibu di Yunani Purba, yang menyambut satu perayaan untuk Cybele, ibu dewa-dewi Yunani yang agung. Perayaan ini diadakan sekitar equinoks musim bunga di Asia Kecil dan tidak lama kemudian di Rom dari 15 hingga 18 Mac.Orang Rom Purba juga menyambut sebuah perayaan bernama Matronalia yang memperingati dewi Juno, dan ibu lazimnya diberi hadiah pada hari iniBerdasarkan itu terdapat pendapat yang mengatakan umat Islam tidak harus meraikan sambutan hari ibu kerana dikhuatiri terpengaruh dengan tradisi dan ajaran bangsa Yunani tersebut

Setahu saya sambutan hari ibu diadakan di Malaysia adalah bertujuan untuk meraikan&menghargai mereka yg bergelar ibu.Sama juga seperti hari guru,hari belia,hari bapa.hari2 tersebut diwujudkan sebagai tanda penghargaan,penghormatan,mngenang jasa,sumbangan serta pengorbanan mereka.Lagipun tujuan kita sambut hari ibu tiada kena mngena atau berunsurkan kepercayaan&ajaran agama lain.Cara sambutannya pula tidak bertentangan dengan syariat.Jadi,kita tak boleh samakan hari ibu dengan Mothering Sunday yg dirayakan oleh penganut kristian atau perayaan musim bunga yang disambut oleh orang2 Greece sebagai penghormatan terhadap Rhea,ibu kepada tuhan mereka...Jadi kenapa ada yg mengatakan menyambut Hari Ibu hukumnya Haram?pokok pangkalnya adalah niat&cara.Selagi niat kita baik,cara yang dilakukan tidak bertentangan dengan syariat Islam maka tidak ada salahnya sesuatu perkara yang dilakukan.wallahu'alam...

--->ini hanyalah pendapat saya secara peribadi 

Nukilan Hati

Wednesday 11 May 2011

Benci Ku Sangka Sayang

Masih membasah luka
Yang dulu pernah kau cipta
Kau sayat kembali
Di atas derita lama
Tak penah menjadi impian
Dan hitam bukanlah harapan

Mengering airmata mengenangkan percintaan
Yang kini tinggal igauan
Masih segar diingatan
Kenangan kita masih bersama
Cinta yang telah berlalu
Ku simpan jadi sejarah

Biarlah ku jalani lara
Biarkanlah ku telan duka
Semoga kau mgerti
Tak pernah ku restui pemergian dirimu
Sungguh menyayat hati

Benar kata pujangga
Selasih ku sangka mayang
Bayang-bayang ku sangkakan daun selaga
Orang benci ku sangka sayang
Namun diri tak merasa
Tetapi apakan daya

Kenangkanlah aku sayang
Rinduilah aku dalam ingatanmu
Yang telah tinggalkan ku selama ini
Jauh mengejar mimpi yang tiada pasti
Jiar hujan datang berkurun
Takkan tawar rasa lautan cinta
Ku khayalkan kasihmu mengekalkan rasa
Kiranya gerimis menawarkan lautan

Nukilan Hati

Aku Bukan Pilihanmu

Jutaan hari berlalu sudah

Tak ku sedari begini jadinya
Kisah yang indah berlalu sudah
Cintaku musnah hancur berderai

Betapa dukanya hatiku
Bila cintaku tak ke mana
Hatiku kau guris luka
Ku tabahkan jua hatiku ini

Cintamu yang lalu
Masih ku terasa
Akan diri ini sama bagai dulu
Kenangan bersamamu
Masih ku terasa
Apakan daya aku bukan pilihanmu

Derita yang ku tanggung ini
Jiwaku terus meronta
Tak tertahan pedih hatiku
Hanya doa ku kirimkan untukmu


Nukilan Hati

Hati Yang Rapuh

Di hati kulakarkan sebuah impian
Yang aku namakan harapan
Apabila kutentuka arah serta tujuan
Rela kuhadapi cabaran

Jalan ke puncak itu beronak dan berliku
Menyukarkan pendakianku
Namun tetap kugagahi hati yang rapuh ini
Demi hasrat yang suci

Aku sangkakan harapan selembut impian
Yang menguliti tidur insan
Kiranya kehidupan tidak sedemikian
Goyah hatiku oleh kenyataan

Tak harus kuturuti kelemahan diri
Tak daya bertahan diuji
Lalu aku mengumpulkan semula kekuatan
Berlandaskan keimanan...

Nukilan Hati

Saturday 7 May 2011

Muhasabah Cinta


Wahai pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dari Mu
Kupasrahkan semua pada Mu
Tuhan baru kusadar
Indah nikmat sihat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini ku harapkan cinta Mu

Kata kata cinta terucap indah
Mengalir berzikir di kidung do’a ku
Sakit yang kurasa biar
Jadi penawar dosaku


Butir-butir cinta air mataku
Terlihat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Illahi Muhasabat cintaku
Tuhan kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku dengan Mu

Nukilan Hati