BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, 22 April 2011

Love Story... ~Part I~

Terasa sunyi je malam ni.Cuaca pun sejuk.Angin bertiup sepoi2 bahasa kata orang..hehe Jam sekarang baru pukul 12.15 malam..hmm,sementara nak tunggu MJ 12 di saluran Ria FM,aku layan dulu lagu2 yg ada dalam lappy ni..Entah macam mane aku leh tertarik dgn lagu nyanyian kumpulan Michael Learns To Rock--> That’s Why You Go Away

I won't forget the way you're kissing

The feeling's so strong were lasting for so long

But I'm not the man your heart is missing

That's why you go away I know
Bile dgr bait2 liriknye,lagu ni aku rase sesuai utk org yg putus cinta…Sebut pasal cinta,aku teringat kisah cinta 

sorang kawan aku.bagi aku,kisah cinta die ni boleh tahan best la..kisah cinta agung.tp tak la standing kisah 
cinta Kasyah dan Ayu dlm Lagenda Budak Setan tu..hehe

Kisahnye macam ni--->kawan aku ni namenye A..die ni sorang pelajar kat salah sebuah IPTA kat M’sia.Nak dijadikan cerita..satu hari,U die ni ade anjurkan satu program lawatan ke IPT di selatan tanah air.Diringkaskan cerite,mase kat program tu berlangsung ade la sorang gurl ni tegur dia.Waktu tu die ngah tgk bola..Aku namekan gurl tu I je la..si I ni satu U ngan A,tp kat U lain gak diorng berkenalan..huhu “Team mane lawan?dah berapa?”tegur si i.A pun jwb dgn tergagap2..maklumla,awek yg tegur “Liverpool lawan MU..blom ade gol lg”..perbualan diorng terhenti setakat tu je.

Lepas abis program tu,diorng pun balik la U semule..kembali menjalani rutin sebagai mahasiswa.Tapi,A ni da mula rase lain macam…asyik teringat je kat I.Die cube buang perasaan tu,tp tak boleh..tiap2 hari fikir tentang I.Rupa2nya A da tangkap cintan ngan I.A pun ape lagi,die cube dapatkan nombor tepon I.Tak pernah aku tgk A macamtu.Selama aku kenal die,tak pernah aku nampak die sungguh2 macamtu.Die ni pun bukannye jenis yg suke ayat awek..awek yg ayat die ade la.market la katekan…haha

Lepas susah payah die cube dapatkn nombor tepon I,akhirnye die dapat gak ape yg die hajatkan tu..Die pun ape lagi,trus sms I.gelojoh betul mamat ni..huhu  syok punye sms rupe2nye silap org.lain nombor yg die cari,lain nombor yg die dapat..kesian =(   …Tp A tak putus asa..die cube cari lg no I.Nasib die baik..atlast die dapat gak nombor tepon I.wah..bukan main seronok mamat ni aku tgk.ceria abis muka die!! …diorng pun mula la berbalas sms.Aku cut lg cite ni..lenguh dah jari ni nak taip panjang2.. A pun luahkan perasaan die kat I.rupe2nya A ni tak bertepuk sebelah tangan..I juge menyimpan perasaan pada A.huh..very the lucky man lah u A..!! =)

-->Bermula lah kisah percintaan A dan I.. bersatulah 2 jiwa ni di mahligai yg bernama cinta..bak merpati 2 sejoli.kawan2 yg lain jeles je tgk hubungan A dgn I ni..tp diorang tetap doakan A dan I kekal bersame..



bersambung…

Nukilan Hati

Thursday, 21 April 2011

Naluri Lelaki…


Bila lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas,perubahan sikapnya amat mengejutkan. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba secara semulajadi menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dengan relanya. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan buat apa sahaja untuk kekasihnya.Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. untuk melihat lelaki menangis amatlah payah. Diantara tanda-tanda lelaki yang jatuh cinta dengan hebat ialah:
1. Dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan rela bukan kerana terpaksa.
2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yang kuat bercakap.
3. Dia banyak menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.  
4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap.  
5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.  
6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.
7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dengan kekasihnya.
8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.
9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari orang lain.
10. Dia menjadi orang yang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.
11. Dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya.
12. Dia akan menggelabah apabila kekasihnya berjauhan daripadanya terlalu lama.
13. Dia sentiasa memmastikan keselamatan kekasihnya.
14. Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.
15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana dia merasa kasihnya lebih kuat daripada kekasihnya.
16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.
17. Dia cuba meluangkan lebih banyak masa dengan kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dengan sabar.
18. Dia membanggakan kekasihnya di depan orang lain.
19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.
20. Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.
21. Dia menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.
22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.
23. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang perempuan.
HARGAILAH MEREKA   Kepada semua wanita yang bertuah menerima cinta sebegini dari seorang lelaki,hargailah mereka seadaanya. Kerana jika seorang lelaki itu menangis ditinggalkan teman wanitanya, lihatlah, betapa ruginya wanita itu. Lelaki yang mencintai pasangannya setulus hati akan sentiasa mencintai walaupun sudah tidak lagi bersama.Baginya,menyayangi tidak semestinya memiliki.Semuanya sudah ditentukan oleh sang Pencipta.

p/s:kredit untuk Izzaty Rosli & Mohammad Izzuddin

Nukilan Hati

Sejarah terciptanya rokok...

Beberapa hari lepas aku ada terbaca artikel yg dipost oleh kwn aku kt facebook.artikel tu berkaitan dengan rokok.jadi,aku ingin kongsikan artikel tu kat blog ni..jom kita baca same2..



Rasulullah SAW pernah bersabda (maksudnya) : “Kelak akan datang kaum-kaum di akhir zaman, mereka suka menyedut asap tembakau dan mereka berkata: Kami adalah umat Muhammad padahal mereka bukan umat ku dan aku juga tidak menganggap mereka sebagai umat ku, bahkan mereka adalah orang yang celaka”  Abu Hurairah R.A yang mendengar sabda tersebut bertanya: “Bagaimana sejarah tembakau itu tumbuh wahai Rasulullah?” Sabda Rasulullah SAW : “ Sesungguhnya setelah Allah menciptakan Adam dan memerintahkan para malaikat untuk sujud (tanda penghormatan) kepada Adam, seluruh malaikat kemudian sujud kepadanya kecuali iblis. Dia enggan, sombong dan termasuk orang-orang yang kafir. Allah bertanya kepada iblis : Wahai iblis apa yang menyebabkan kamu tidak mahu sujud ketika Aku memerintahkan mu? Kata iblis : Aku lebih baik darinya, aku tercipta dari api sedangkan ia dari tanah. Allah berfirman: Keluarlah engkau dari syurga, sesungguhnya engkau terkutuk dan engkau dilaknat hingga akhir. Iblis keluar dalam ketakutan hingga terkencing-kencing. Dari titisan kencing iblis itulah tumbuh sejenis tumbuhan yang dinamakan pokok tembakau.” Nabi bersabda lagi : “Allah memasukkan mereka ke dalam neraka dan sesungguhnya tembakau adalah tanaman yang keji”

wallahua'lam...

Nukilan Hati

Wednesday, 20 April 2011

I,Me & Myself....


Assalamualaikum w.b.t.........

Hye...selamat datang ke blog  "Nukilan Hati".

sy namakan blog ni Nukilan Hati krn  blog merupakan medium yg digunakan utk meluahkan 

perasaan(ehem..bukan jiwang ye),memberikan pandangan,berkongsi ilmu & informasi.

sy tak berapa pandai menulis sbnrnye,tapi sy tetap cuba wujudkan blog sy sendiri(up to date la konon)..nnt 

takde la org kata kite ni duduk bawah tempurung.."bawah tempurung besi.." bak kata Usin dalam cerita

HKLBR..huhu 

sy alu2kan komen2 anda..jgn segan2 utk kasi pandangan atau kritikan ye..kpd mereka yg suke

berkawan,ha...molek sngtle kome bukak blog ni.bleh le kite jd kwn..tak rugi ada ramai kwn kan =)

cuma,sy kurang b'minat tentang isu2 yg berkaitan dgn politik..jd,jgnla kaitkan blog ni dgn mana2 parti

politik..tp kalau bab sukan...silakan.terutamanya kpd fans Harimau Malaya =)


jd,sama2lah kite berkongsi perkara2 yg bermanfaat..


"sesungguhnya tiada yang lebih berharga malainkan nasihat yang baik"
Nukilan Hati

cinta...

ia lahir dari hati nurani.ia perlu disemai dengan kasih dan disirami dengan sayang

cinta yang suci hanya untuk mereka yang benar-benar tulus dan tahu menghargai

cinta...

anugerah Tuhan yang tiada bandingan

menyatukan jiwa,membawa bahagia

tanpanya dunia ini akan gersang dan tandus,jiwa menjadi duka nestapa

cinta..

ibarat samudera yang belayar di tengah lautan hidup

perlu dikemudi agar tidak hanyut dibuai gelora..

insan yang faham erti cinta ibarat nakhoda yang mengemudi bahtera,menempuh gelora untuk sampai

 ke pulau impian...

Nukilan Hati