BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, 5 May 2011

Love Story... ~Part IV~

~ Pada satu malam minggu, A,Ijat dengan aku keluar gi makan.waktu tu jam dah pukul 2.30 pagi.kedai banyak yang dah tutup.jadi Mcd jelah pilihan yang ade.sampai je kat Mcd,masing2 buat pesanan.aku macam biaselah,pesan spicy chicken mcdeluxe.favourite beb!hehe.. lepas dapat pesanan masing2 kitorang pun cari la tempat duduk.kitorang pilih meja yang paling hujung,dekat sudut.kat situ tak ramai orang.lebih selesa kata Ijat..aku dengan A layankan je..Sambil makan tu kitorang borak2 la..dari topik politik,isu semasa,sukan sampai la angan2 masa depan.macam2 cerita yang dibualkan.duduk bertiga je,tapi riuh macam ade sepuluh orang.Ijat ni pulak jenis yang suka bercerita dan buat lawak.ade je yang nak dibualkan.memang tak kering gusi ar kalau lepak ngan Ijat ni.aku pulak suke layankn kepala Ijat ni,pastu ketawe tak ingat.memang ngam kalau duduk serumah ngan Ijat ni.sedang kitorang rancak sembang,gelak2,baru kitorang perasan yang si A ni dari tadi senyap je.tak bagi ape2 respon… “kau ni kenape A?dari tadi senyap je..ade masalah ke pe?” tegur aku. “takde ape2 lah..aku okey jek” jawab A acuh tak acuh. “kalau kau ade masalah,bagitau je la kat kitorang.mane tau kitorang boleh tolong..” celah Ijat. “betul..aku okey” balas A. “okey apenye..dari tadi aku tengok kau senyap jek.moody.datang bulan ke pe?” seloroh Ijat sambil ketawa.Aku jeling Ijat,pastu aku sepak kaki die.Terus die berhenti ketawa.fahamlah tu maksud aku.sengal betul budak Ijat ni..member tengah moody die sempat lagi buat lawak. “kalau kau ade masalah,bagitau je kat kitorang.tak kan dengan kitorang pun kau nak segan kot..kalau kau pendam masalah kau sorang2,nanti kau gak yang stress.” pujuk aku.Pada mulanye A berat hati untuk cerita kat kitorang.lepas dipujuk akhirnye die mengalah.die cite gak masalah die kat aku dengan Ijat.rupe2nya A ade masalah dengan awek die,I.kate A, beberapa  hari lepas diorng keluar dating.pegi makan je pun..sedang diorang makan tu tiba2 ade mesej masuk kat handphone I.lepas I bace mesej tu A pun tanye,siapa yang hantar mesej?emak ke?I cume menggelengkan kepala.lepas tu I sambung makan.A rase pelik dengan kelakuan I.die tanye lagi sape yang hantar mesej tu.I cakap takde sape.A tak puas hati dengan jawapan I.mustahil takde sape yang hantar mesej,fikir A.A dah mula syak sesuatu.die ambik handphone I.I cuba halang tapi A dapat gak ambik handphone tu.bila A cek mesej dalam inbox,ade satu nombor yang takde name.orang yang hantar mesej tu tanye I dah tengah buat ape?dah makan ke belum? A tanye saiape orang tu?I berdalih,mengatakan mungkin orang tersalah hantar mesej..tapi kalau tersalah hantar macam mane die boleh tau name I??!A tak puas hati dengan jawapan I.mesti ade sesuatu yang I sembunyikan dari pengetahuan A.A dah mula hilang sabar.A ni jenis yang cepat melenting dan panas baran,lebih2 lagi bile orang tipu die.lepas didesak berkali2,akhirnye I mengaku die kenal orang yang hantar mesej tu.adik angkat die kate I..tapi A tak percaye sebab dari care orang tu hantar mesej,bukan dari seorang adik kepada kakak.A syak I ade lelaki lain selain dari die.lagipun,kalau betul adik angkat die yang hantar kenape dari awal lagi die tak bagitau?kenape perlu berdolak dalih?maka terjadilah pertengkaran antara mereka.lepas habis makan,A terus hantar I balik rumah.tapi A masih tak berpuas hati.hatinya masih sakit dengan perbuatan I.die kecewa dengan sikap I yang sanggup menipunye.A terfikir untuk mencari lelaki yang menghantar mesej pada I tu.Die ingin lepaskan rasa marah yang terbuku di hatinye.bagi A,tidak ada ape yang perlu ditakutkan.yang penting hatinye puas.sebab itu bukan kali pertama jadi hilang sabar.sebelum ni pun A pernah beberapa kali terlibat dalam pergaduhan.semuanye disebabkan oleh sikap baran die dan perselisihan antara kumpulan.pasti korang tertanye2 kumpulan ape  kan?-->sebenarnye A pernah bagitau kat aku dan Ijat yang die terlibat dalam kumpulan kongsi gelap(gangsterism).A ramai kenalan yang terdiri dari kalangan gangster2 di beberapa buah negeri.bahkan A juge pernah berurusan dengan gangster dari luar Malaysia iaitu Thailand.urusan ape tu aku tak pasti la.die tak pernah ceritakan hal tu kat kitorang.mule2 dengar pengakuan A ni,aku ngan Ijat terkejut gak,macam tak percaye yang A ni boleh terlibat dengan perkare2 macam tu.ye la,A ni jenis yang biase2 je..peramah,suka bergurau,cool.cume panas baran bile ade orang buat masalah kat die.jadi kitorang tak expect yang A ni salah sorang ahli kongsi gelap…  A dah nekad nak pegi cari lelaki yang berhubung dengan I tu.mujurlah malam tu die kene balik kampung sebab ade urusan keluarga.kalau tak,entah ape la akan jadi kalau die jumpe lelaki tu.disebabkan panas baran die,silap2 boleh jadi pembunuh kawan aku tu.na’uzubillah…“dah la tu A..tak kan pasal perempuan kau sanggup pukul orang.silap haribulan boleh masuk penjare kau tau tak?” kata aku pada A. “betul tu..lagipun kalau I betul2 ade lalaki lain,kau tinggalkan je die.buat ape kau nak setia kat perempuan macamtu.kau pun bukannye takde rupa.ramai lagi awek yang nak kat kau.Ina tu,da lame minat kat kau.cume kau je yang tak tau”. tambah Ijat.<< siape Ina tu?aku akan ceritakan pasal die kat part akan datang >>. “korang cakap senangla.korang tak tau perasaan aku macam mane.aku betul2 sayangkan I.kalau boleh aku nak bersama ngan I sampai bile2”.luah A.aku denga Ijat senyap je bile dengar A cakap macamtu.kitorang memang tau A betul2 sayangkan I.sebab A selalu cerita pasal I kat kitorang.Ade betulnye gak ape yang A cakap tu.kalau kite dah sayangkan seseorang tu sepenuh hati,bukan mudah untuk kite lupekan die.ape lagi untuk berpisah.kite sanggup lakukan ape je asalkan kite dapat bersame dengan insan yang kite sayang hingga ke hujung nyawa -->

Ohh tuhan.. 
Ampuni segala dosaku 
Tidakku tersesat.. 
Mencari sinar mentari
Oh tuhan ampuni segala dosa nan silam 
Tidakku ingini hidup sengsara
Apa masih ada jalan yang hakiki 
Inginku mencari cahaya diri ini..
Hingga hujung nyawa kan ku terus jua 
Menanti serinya pudar permata..
Ku pergi untuk selamanya tinggalkan apa yg ada 
Moga diriku damai di sana.. 
Hingga hujung nyawa

“dah la A..kau tak payah risau sangat.kalau I betul I sayangkan kau,mesti die takkan cari lelaki lain.kalau betul die ade lelaki lain,kau anggap je la semua ni ujian untuk kau.mungkin takde jodoh kau dengan die”.nasihatku kat A. “chill la bro..biase la tu kalau gaduh ngan awek.semua orang macamtu.dah,jom balik.dah pukul 4 ni.mate aku pun dah ngantuk”. Kata Ijat.kitorang pun cepat2 habiskan makanan dan terus gerak balik rumah.

bersambung...

Nukilan Hati

Tuesday, 3 May 2011

Renungan Bersama : Betapa Berharganya Wanita

Ketika Tuhan menciptakan wanita, malaikat datang dan bertanya,"Mengapa begitu lama engkau menciptakan wanita, Tuhan?"   Tuhan menjawab,"Sudahkah engkau melihat setiap detail yang telah aku ciptakan untuk wanita?" Lihatlah dua tangannya mampu menjaga banyak anak pada saat bersamaan, punya pelukan yang dapat menyembuhkan sakit hati dan kerisauan, dan semua itu hanya dengan dua tangan".   Malaikat menjawab dan takjub,"Hanya dengan dua tangan? tidak mungkin!   Tuhan menjawab,"Tidakkah kau tahu, dia juga mampu menyembuhkan dirinya sendiri dan boleh bekerja 18 jam sehari".   Malaikat mendekati dan mengamati wanita tersebut dan bertanya,"Tuhan, kenapa wanita terlihat begitu lelah dan rapuh seolah-olah terlalu banyak beban baginya?"   Tuhan menjawab,"Itu tidak seperti apa yang kau bayangkan, itu adalah air mata."   "Untuk apa?", tanya malaikat.   Tuhan melanjutkan,"Air mata adalah salah satu cara dia menunjukkan kegembiraan,kerisauan,cinta,kesepian, penderitaan,dan kebanggaan,serta wanita ini mempunyai kekuatan mempesona lelaki,ini hanya beberapa kemampuan yang dimiliki oleh wanita.   Dia dapat mengatasi beban lebih baik dari lelaki,dia mampu menyimpan kebahagiaan dan pendapatnya sendiri,dia mampu tersenyum ketika hatinya menjerit kesedihan,mampu menyanyi ketika menangis, menangis saat terharu,bahkan tertawa ketika ketakutan.   Dia berkorban demi orang yang dicintainya,dia mampu berdiri melawan ketidakadilan,dia menangis saat melihat anaknya adalah pemenang,dia gembira dan bersorak saat kawannya tertawa bahagia,dia begitu bahagia mendengar suara kelahiran.   Dia begitu bersedih mendengar berita kesakitan dan kematian,tapi dia mampu mengatasinya.Dia tahu bahwa sebuah ciuman dan pelukan dapat menyembuhkan luka.   Allah S.W.T berfirman:   "Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia, namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."   "Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya. "   "Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh."   "Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."   "Aku memberinya kekuatan untuk menyokong suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."   "Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu."   "Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."   "Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya,sosok yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada."   "CINTANYA TANPA SYARAT. HANYA ADA SATU YANG KURANG DARI WANITA,DIA SELALU LUPA BETAPA BERHARGANYA DIA..."

--> kepada wanita.. jangan kerana anda begitu berharga,anda lukai lelaki.. sama-samalah kita membahagiakan diri dan pasangan disamping mendapat keredhaan Illahi...  =)

p/s: Kredit untuk Ana Farhana & kawan2 Facebook


Nukilan Hati

Saturday, 30 April 2011

Sebab-Sebah Hati Tidak Bahagia

Antara mazmumah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :  
1.       Pemarah paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.
2 . Pendendam tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.
3. Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan  
4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui manusia.  
5. Tamak orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut...walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis juga...lagipun orang tamak selalu rugi.. ** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.  
6. Tidak sabar andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..)
7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.  
8. Riak terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada..  
9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, ...dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya.. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. bila mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah. .. Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.   Kesimpulan   Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMAH.   Makin tinggi mazmumah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA. Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmumah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain...andai kita terleka dengan dunia buruklah padahnya.   Wallahualam"  

p/s: kredit untuk LayarMinda
Nukilan Hati

Tuesday, 26 April 2011

Tabarruj

Aku ada 1 pekara yg agak penting utk aku share....teruskan mambaca ye =)

--> Facebook merupakan laman sosial kegilaan ramai buat masa kini. Cukup aneh untuk berjumpa dengan seseorang yang tidak mempunyai sekurang-kurangnya sebuah akaun facebook. Namun di sebalik penggunaan facebook ini, tanpa kita sedari pelbagai dosa berlaku di kalangan pengguna. Ustaz Zaharudin ada mengulas mengenai dosa-dosa & facebook, bagaimanapun saya ingin menfokuskan pada salah satupoint yang diberi beliau iaitu 'terlebih gambar'. Sikap suka menunjuk-nunjuk gambar boleh dikaitkan dengan tabarruj, iaitu suatu dosa yang dianggap remeh oleh masyarakat kita. Apakah itu tabarruj? Suatu persoalan yang perlu dihurai lanjut.   TABARRUJ ialah mendedahkan kecantikan rupa paras sama ada kecantikan itu di bahagian muka atau di anggota-anggota badan yang lain. Al-Bukhari rahmatullah 'alaihi ada berkata: “tabarruj, iaitu seorang wanita yang memperlihatkan kecantikan rupa parasnya”.   
Untuk menjaga masyarakat daripada bahaya pendedahan ‘aurat dan disamping menjaga kehormatan wanita dari sebarang pencerobohan, maka dengan yang demikian Allah melarang setiap wanita yang berakal lagi telah baligh dari bertabarruj. Allah s.w.t telah berfirman dalam surah an-Nur ayat 31 yang bermaksud: “Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang bisa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan jangan menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara mereka, putera-putera lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang ‘aurat wanita. Dan jangalah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka.Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.” Dengan ini jelas bahawa sebarang corak perhiasan di anggota badan atau di pakaian, adalah boleh membawa fitnah. Dengan inilah Allah melarang bermake-up. Larangan seperti ini hanya sanggup ditaati oleh wanita-wanita yang beriman sahaja kerana takut kepada kemurkaan Allah dan seksaan dari-NYA.
Berikut pula mari kita renungi firman Allah khasnya yang ditujukan kepada isteri-isteri Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Hai isteri-isteri Nabi(a.s), kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kau bertaqwa. Kerana itu janganlah kamu terlalu lunak dalam bicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada perasaan serong di dalam hatinya, tetapi ucaplah perkataan yang baik.” (Al-ahzab: 32)   Daripada ayat ini dapatlah difahamkan bahawa suara lemah lembut adalah sebahagian daripada ‘aurat wanita juga.Kembali lagi kita kepada jenis alat-alat make-up. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:   “Andainya wanita keluar dari rumah serta memakai bau-bauan, maka dia sudah dianggap melakukan perzinaan” Penggunaan wangi-wangian sembur atau jenis jenis bauan bagi kaum wanita diwaktu keluar dari rumah adalah dilarang, kerana syari’at Islam, apabila melarang perzinaan, maka segala sumber-sumber dan ciri-ciri yang membawa kepada perbuatan keji tadi semuanya juga dilarang.
Ummu salamah ada menceritakan, maksudnya begini: “ Asma’ binti Abu Bakar telah menziarahi Rasulullah s.a.w pada suatu hari dengan pakaian yang nipis. Lantas Rasulullah.s.a.w menasihatinya dengan bersabda yang maksudnya :“ Wahai Asma’, sesungguhnya seseorang gadis yang telah berhaidh (baligh), tidak harus baginya menzahirkan anggota badan, kecuali ini dan ini.” Ketika itu, Rasulullah s.a.w mengisyaratkan kepada muka dan kedua tapak tangan.
Sekarang kita khususkan konsep tabarruj ke dalam penggunaan facebook. Jenguklah sebentar ke laman facebook dan lihatlah bertapa ramai muslimah tanpa segan silu meletakkan gambar-gambar memperlihatkan kecantikan masing-masing dengan pelbagai aksi. Macam-macam gaya ditunjukkan, ada yang menunjukkan peace, ada yang membeliakkan mata, memuncungkan mulut dan sebagainya. Apabila bila ditanya apakah motif memperlihatkan gambar sedemikian rupa? Rata-rata akan menjawab sekadar berkongsi kegembiraan, pengalaman dan sebagainya. Namun tidakkah dapat kita berfikir sejenak, memperlihatkan gambar tersebut boleh mendatangkan pelbagai respon dan persepsi ramai. Terutamanya kepada kaum berlawanan, gambar tersebut dapat mendatangkan keghairahan. Jikalah kaum hawa mengetahui apakah kaum adam berkata sesama sendiri mengenai gambar tersebut, nescaya mereka tidak akan meletak gambar sedemikian rupa lagi.
Islam merupakan agama yang menghendaki kita bersederhana. Janganlah berlebih-lebihan meletak gambar, seolah-olah saling berlawan siapakah memiliki paling banyak gambar. Jika tersangat beringinan untuk menunjukkan wajah diri sebagai pengenalan diri, cukuplah sekadar meletak satu gambar dengan syarat gambar tersebut tanpa aksi-aksi tertentu yang mampu menarik perhatian orang luar. Mudah-mudahan kita mampu melawan sifat ingin menunjuk-nunjuk ini. Nah... mulalah berubah. Anda mampu untuk mengatasi penyakit ini!

p/s : kredit untuk Muhd Amin

Nukilan Hati

Monday, 25 April 2011

Love Story... ~Part III~



“I nak pegi mane?kenape nak tinggalkan org?I dah ade lelaki lain ke?” bertalu2 soalan yg dilemparkan oleh A pada I..”Anggap je lah kite dah tak ade jodoh A.Semua ni adelah ketentuan Ilahi..takdir yg menentukan segale2nya.” Balas I. “Tapi kenape I buat org macam ni?ape salah org pada I?tolonglah jelaskan pada org…” rayu A sambil matenya digenangi air. “sudahlah..ni semua takdir.org tak boleh buat ape2..”jelas I. “siape yg ade dalam hati I sekarang?siape lelaki tu?mane hilangnyen cinte I pada org?” A masih mengharapkan soalan2nye dijawab oleh I agar terungkai kekeliruan yg bersarang di kepalanye.--> 

Harapan hatiku ingin hidup bahagia
Tetapi mengapa sering saja hati ini diluka
Baru ku cuba nak bercinta lalu engkau pun buat angkara
Mengapa mesti aku yang menjadi mangsa

Harapan untuk kekalan hanya tinggal igauan
Walaupun telah aku bertahan tapi apa kan daya
Retak akhirnya kasih kita tanpa ku tahu apa punca
Mudah benar kau mematah dahan asmara

I melangkah pergi meninggalkan A yg masih bingung dan keliru.die bingung memikirkan keputusan yg telah dibuat oleh I.apa salah dirinya?tidak cukup ke kasih syg yg diberinye pada I?kenape I tega memutuskan hubungan mereka?soalan2 itu bermain2 di benak A.Betapa hancur dan luluhnye hati A bile I membuat keputusan sebegitu..A bagaikan hilang semangat dan  kekuatan diri..
~ A berjalan menuju ke motornye..terase lemah kakinye utk melangkah.tetapi terpaksse die gagahkan juge.sedang A nak lintas jalan,tibe2 die terlihat sebuah kereta meluru laju ke arahnye.A hanye mampu memandang kereta tu menuju ke arahnye.kaki A seakan terpaku.Seketika keemudian pandangan A menjadi gelap.A cube sedaya upaya utk membuke matenye…die terlihat wajah yg amat dikenali sedang berdiri memandangnye… “hoi..bangunlah!dah subuh ni.gi mandi cepat.kang lambat lak gi kelas.” Jerkah Ijat,roommate A.Tersentak dgn jerkahan Ijat,A lantas bangun.die duduk di birai katil…A menyeringai. “fuh..nasib baik mimpi.aku ingt betul2 td.” Bisik hatinye.Rupe2nya A cume bermimpi.Tu lah,sebelum tido tak basuh kaki,tak bace doa.hambek ko.. =) A pun bergegas bangun,mencapai tuala dan meluru  masuk ke bilik air...

bersambung... 

Nukilan Hati

Saturday, 23 April 2011

Love Story... ~Part II~

-->Masa kian berlalu..Hari berganti hari,minggu berganti minggu,bulan berganti bulan.kini genaplah setahun hubungan percintaan diorang…seperti pasangan2 lain,mereka juge bercadang utk menyambut ulangtahun percintaan diorang yg pertama..pastinye mereka inginkan satu sambutan yg akan kekal sebagai kenangan dlm hidup mereka,yg akan dibawa hingga ke hujung nyawa…macam lagu yg dinyanyikan oleh Purple ni…

“Tidak pernah

Ku terfikirkan
Bahawa kau dan aku
Ditakdirkan bercintaAku bagaikan tak percaya
Bila kau melafazkan
Kau cinta kepadaku
Terasa indahnya perasaan
Sejak kau hadir dalam hidupku
Setiap hari merinduimu
Tanpa jemu ku menantikan mu
Gelora di jiwa membuatku gelisah
Menanti saatnya untuk bersama
Betapa sabarnya ku dibakar rindu
Yang menjulang-julang
Rinduku kasihku kusimpankan untukmu
Tidak sedikit berubah hati
Bertapa setianya cintaku kepadamu
Sampai hujung nyawa
Kuberdoa agar kau pun setia...
Ya Tuhanku bahagiakan kami...”

Tibalah hari yg ditunggu2… Seperti yg telah dijanjikan,diorang pun berjumpe utk celebrate first anniversary.. Pada hari itu, I memakai blouse putih berbunga pink dipadankan dengan skirt labuh pink..menyerlahkan lg keayuan wajahnya yg bujur sirih.wajahnye tampak berseri2 dengan senyuman yg tidak lekang dari bibir…A terpukau!!terpesona dengan pemandangan seperti itu.belum pernah A melihat gadis secantik itu.belum pernah A melihat seorang gadis melayu begitu ayu dibalik raut wajah yg selalu ditatapinye itu.A seakan terpaku..matanye tidak berkelip dan lidahnye kelu.tak ade sepatah perkataan pun yg keluar dr mulut A.lagu dendangan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee seakan membawa A hanyut dibuai khayalan.. -->
Tiada kata secantik bahasa
Untuk ku puji adinda
Tiada gambar secantik lukisan
Nak ku tunjuk perasaan
~Alangkah bertuahnye A dpt memiliki hati dan cinta dari gadis seperti I… Tibe2 A merasa sesuatu seakan2 menggigit lengan kanannye..rupa2nye I mencubit manje lengan A.barulah A tersedar dr khayalannye..”hah…padan muke.tgk org sampai tak berkelip mate tu.sakit tak kene cubit?” kata I sambil tersenyum.. A pun ape lg,merah muke die menahan malu..”aduh..macam mane lah boleh  khayal td..” getus hati A. Diorang berdua pun ketawa geli hati dek kerana kelakuan A tadi…

-->Tanpa berlengah lagi,diorang pun masuk ke dalam kereta dan bertolak ke restoran makanan segera iaitu pizza hut.awal2 lg A dah tempah meja kat restoran tu..takut tak dapat meja kalau jd walk in customer katenye..ape2 je la A.hehe  Sebelum sampai ke restoran tu,A membelokkan keretanya ke kanan sedangkan die patut belok ke kiri utk ke restoran tu.”awak nk pegi mane?”tanye I..”org nak singgah kedai kejap,beli barang.”balas A..sampai je di depan sebuah pasaraya,A trus keluar dari kereta,berjalan menuju ke dalam pasaraya tu dan hilang dicelah2 orang ramai..
…5 minit kemudian kelibat A pun kelihatan menuju ke kereta membawa satu bungkusan..Setibenye kat kereta,A pun menyerahkan bungkusan tu kat I.Sekuntum mawar merah!!..itulah isi kandungan bungkusan tu..kalau korang nak tahu,seumur hidup A,die tak pernah beli bunga,ape lg nk kasi bunga pada org…tp,kali ni die belikan bunga hanya kerana insan yg amat die syg..!!Steady la bro.. =) --> A menyerahkan bungkusan tu pada I sambil membelai lembut kepala I..menunjukkan betapa die syg dan cintakan I setulus hatinye.Lalu I mencium mawar merah pemberian A..mata I kelihatan berkaca..
“Ku persembahkan kepada mu
Sekuntum bunga mawar merah
Kau terima sambil tersenyum
Kembang yang harum kau cium”
Diorang pun terus menuju ke pizza hut utk menyambut diorang punye first anniversary..

bersambung lagi... 

Nukilan Hati

Friday, 22 April 2011

Love Story... ~Part I~

Terasa sunyi je malam ni.Cuaca pun sejuk.Angin bertiup sepoi2 bahasa kata orang..hehe Jam sekarang baru pukul 12.15 malam..hmm,sementara nak tunggu MJ 12 di saluran Ria FM,aku layan dulu lagu2 yg ada dalam lappy ni..Entah macam mane aku leh tertarik dgn lagu nyanyian kumpulan Michael Learns To Rock--> That’s Why You Go Away

I won't forget the way you're kissing

The feeling's so strong were lasting for so long

But I'm not the man your heart is missing

That's why you go away I know
Bile dgr bait2 liriknye,lagu ni aku rase sesuai utk org yg putus cinta…Sebut pasal cinta,aku teringat kisah cinta 

sorang kawan aku.bagi aku,kisah cinta die ni boleh tahan best la..kisah cinta agung.tp tak la standing kisah 
cinta Kasyah dan Ayu dlm Lagenda Budak Setan tu..hehe

Kisahnye macam ni--->kawan aku ni namenye A..die ni sorang pelajar kat salah sebuah IPTA kat M’sia.Nak dijadikan cerita..satu hari,U die ni ade anjurkan satu program lawatan ke IPT di selatan tanah air.Diringkaskan cerite,mase kat program tu berlangsung ade la sorang gurl ni tegur dia.Waktu tu die ngah tgk bola..Aku namekan gurl tu I je la..si I ni satu U ngan A,tp kat U lain gak diorng berkenalan..huhu “Team mane lawan?dah berapa?”tegur si i.A pun jwb dgn tergagap2..maklumla,awek yg tegur “Liverpool lawan MU..blom ade gol lg”..perbualan diorng terhenti setakat tu je.

Lepas abis program tu,diorng pun balik la U semule..kembali menjalani rutin sebagai mahasiswa.Tapi,A ni da mula rase lain macam…asyik teringat je kat I.Die cube buang perasaan tu,tp tak boleh..tiap2 hari fikir tentang I.Rupa2nya A da tangkap cintan ngan I.A pun ape lagi,die cube dapatkan nombor tepon I.Tak pernah aku tgk A macamtu.Selama aku kenal die,tak pernah aku nampak die sungguh2 macamtu.Die ni pun bukannye jenis yg suke ayat awek..awek yg ayat die ade la.market la katekan…haha

Lepas susah payah die cube dapatkn nombor tepon I,akhirnye die dapat gak ape yg die hajatkan tu..Die pun ape lagi,trus sms I.gelojoh betul mamat ni..huhu  syok punye sms rupe2nye silap org.lain nombor yg die cari,lain nombor yg die dapat..kesian =(   …Tp A tak putus asa..die cube cari lg no I.Nasib die baik..atlast die dapat gak nombor tepon I.wah..bukan main seronok mamat ni aku tgk.ceria abis muka die!! …diorng pun mula la berbalas sms.Aku cut lg cite ni..lenguh dah jari ni nak taip panjang2.. A pun luahkan perasaan die kat I.rupe2nya A ni tak bertepuk sebelah tangan..I juge menyimpan perasaan pada A.huh..very the lucky man lah u A..!! =)

-->Bermula lah kisah percintaan A dan I.. bersatulah 2 jiwa ni di mahligai yg bernama cinta..bak merpati 2 sejoli.kawan2 yg lain jeles je tgk hubungan A dgn I ni..tp diorang tetap doakan A dan I kekal bersame..



bersambung…

Nukilan Hati